Saturday, February 25, 2017

A day to remember.

Bismillah.

Dalam 1001 perkara yang saya pelajari sepanjang terlibat dalam persiapan dan perjalanan Lawatan Kerja YAM Tuanku Canselor dan Tunku Pro Canselor USIM tempoh hari, berikut ialah perkara yang saya kira agak signifikan untuk dikongsi dengan semua.
1) Kesempatan untuk mendengar ucapan dan pembentangan Prof Emeritus Dato' Dr Nik Nasri dan Prof Emeritus Dato' Dr Wan Mohamad Nasir mewakili FPSK dan FPg somehow membuatkan saya kagum dengan aspirasi dan visi yang telah dirangka dan diperjuangkan selama ini. Pembentangan tempoh hari menunjukkan bahawa fakulti memiliki wawasan yang jauh ke hadapan.
Tidak cuma merancang untuk pembangunan fakulti secara zahir semata-mata dengan membayangkan bangunan fakulti, hospital, asrama, tempat parking seperti bangunan mewah di Texas, dan lain-lain, tetapi aspek pembangunan mahasiswa yang holistik turut menjadi perhatian, ditekankan.
Bukankah sudah tiba masanya untuk mahasiswa memaknai dan menghayati aspirasi fakulti ini? Menjadi generasi integrasi aqli dan naqli, menjadi golongan profesional berilmu, beriman, bertaqwa dan berintegriti yang mampu menyediakan solusi. Kita ingin aspirasi ini mengalir dalam darah kita, terpasak di hati, terbumi menjadi realiti.. supaya visi dan misi ini tidak sekadar sedap bahasanya, tidak cuma sedap didengar semata-mata.
Ya, bukan sedikit usaha keras yang perlu dilakukan. Nak bina fakulti pun perlukan duit dan peruntukan, perlukan masa.. apa lagi untuk membina manusia. Sudah tentu memerlukan jiddiyah dan pengorbanan; keluar dari kepompong keselesaan dan keseronokan. Sudah tentu memerlukan kefahaman; perkukuh keilmuan, matangkan pemikiran, dewasakan perwatakan.
Menjadi pelajar atau manusia yang harmoni dan holistik, ini yang kita mahu.
2) Lawatan kerja kali ini pada saya merupakan satu ruang dan peluang yang baik untuk menjadikan kami mahasiswa USIM sebagai mahasiswa yang 'absorb' dan cakna dengan keadaan sekeliling. Cakna tentang universiti tempat kami belajar, cakna siapa pimpinan tertinggi pentadbiran universiti, cakna perancangan dan perkembangan universiti, dll.
Cukuplah, barangkali kita sudah sekian lama kita hanya berfikir tentang 'kita' tanpa merasakan urgensi dan keperluan untuk ambil tahu tentang keadaan sekeliling. Ini baru berbicara sekitar hal universiti, belum lagi tentang isu lain.
Pasca lawatan kerja ini, ayuhlah kita menjadi mahasiswa yang cakna dan ambil tahu! (:
3) Point penting, khas untuk diri sendiri. The secret of getting things done is to act. Quoted sikit dari fb Kak Qhairun. hihi. *idola*
Memang banyak misi dan cita-cita kita, memang banyak kerja kita, memang banyak komen kita pada perkara sekeliling kita, memang banyak itu dan ininya. Tapi akhirnya, teruskan berbuat dengan penuh ikhlas, ihsan dan itqan. Belajar dengan ihsan dan itqan, uruskan dan kendalikan pekerjaaan dan tanggungjawab dengan fokus dan berprioriti. Saat ini, kerja keras bukan lagi pilihan, sebaliknya keperluan!
Inspirasi dan motivasi apa lagi yang nak ditunggu? Mulakan sekarang dan bertawakallah kepada-Nya.
——
Terima kasih semua ahli Medical Student Club khususnya atas kerjasama, kegigihan dan kerja keras sepanjang proses persiapan sehinggalah berakhirnya sesi fotografi dan berangkat pulangnya Tuanku Canselor, Tunku Pro Canselor, Dato' NC dan tetamu kehormat yang lain; bermula dari mesyuarat pimpinan MSC, usaha membersihkan hiasan tangga selepas kelas, menjayakan hari operasi fakulti, gotong-royong, terlibat dalam demonstrasi clinical skill, pelakon berjaya di muzium makmal learning space sehinggalah mengiringi keberangkatan pulang Tuanku dan memeriahkan sesi fotografi.
Semoga Allah memberkati dan mengganjari semua usaha kecil kita, dan akhirnya berkenan memilih kita sebagai hamba-Nya yang bersyukur dan memiliki jiwa hamba itu.
"Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia. Raja, yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan." [Al-Hasyr 59:23]
'Ala kulli hal, alhamdulillah. wa astaghfirullah 'ala kulli zanbin.
Sekian terpanjang.
One down.

0 Your Voice: